SILENT KEY

Assalamualaikum wbt.

Baru baru ini kita dikejutkan dengan berita pemergian allahyarham 9W2COC atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Abe Man’. Arwah adalah salah seorang ahli peramah dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Biro Teknikal Persatuan. Seorang yang baik dan bersahaja. Sering membuatkan rakan rakan tidak kering gusi dengan lawaknya yang bersahaja.

Tanggal 20 September 2018 pada jam lebih kurang 4.30 ptg (1630h Loc/Malaysia GMT), kami mendapat berita kehilangan beliau bamun agak kurang percaya menyebabkan Setiausaha dan Ketua Biro Kebajikan bergegas ke kediaman allahyarham di Indera Mahkota 14, kuantan. Rakan rakan dari Persatuan Radio Amatur Negeri Pahang dan Kelab 4×4 Pahang telah berkumpul di Masjid Tengku ampuan Afzan IM2 Kuantan dari jam 5.00 Petang. Jam 6.15 petang, selesai dimandikan dan disembahyangkan, jenazah telah dibWa pulang ke kampung halaman beliau di Besut, untuk disemadikan.

Kehilangan beliau amat dirasai. Semoga allahyarham Abd Rahman Bin Mohd Noor (9W2COC) Ditempatkan dikalangan orang orang yang soleh dan beriman.

Al Fatihah.