PERKARA : NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN RADIO AMATUR NEGERI PAHANG KALI KE EMPAT BELAS.
Adalah saya dengan segala hormatnya memaklumkan bahawa Dato/Datin/Tuan/Puan dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Radio Amatur Negeri Pahang bagi menunaikan tanggungjawab sebagai ahli persatuan menurut peraturan Fasal 8 dan 9 Perlembagaan Persatuan pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh : Sabtu, 23 Mac 2019
Tempat : Dewan Wawasan 2, Wisma Belia Indera
Mahkota, 25200 .Kuantan
Masa : 2.00 Petang
2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
2.1. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan
kali ke Tiga Belas.
2.2. Pembentangan Laporan Aktiviti Persatuan
bagi tahun 2018
2.3. Pembentangan Penyata Kewangan Persatuan
bagi tahun 2018
2.4. Membahaskan Usul-usul dari ahli-ahli
persatuan.
3. Ahli yang mempunyai usul dan ingin dibahaskan didalam mesyuarat perlu menyampaikan usul tersebut dalam bentuk email kepada Setiausaha iaitu 9w2pta@gmail.com sebelum atau pada 15 Mac 2019 dan pembawa usul mesti hadir dalam mesyuarat bagi usulnya dibahaskan.
4. Ahli-ahli yang belum menjelaskan yuran tahunan bagi tahun 2019 dan yuran tertunggak boleh menjelaskanya sebelum mesyuarat bermula.
Sekian, Terima Kasih
Saya yang menjalankan tugas.
(janaan komputer)
REDZUAN BIN ABU SEMAN
SETIAUSAHA
PERSATUAN RADIO AMATUR NEGERI PAHANG