IFTAR @ PERMATA INSYIRAH

Alhamdulillah. Selesai sudah Majlis Iftar yang bertempat di RUMAH KEBAJIKAN DAN ANAK YATIM PERMATA AL-INSHIRAH pada 25/5/2019 yang lalu. Majlis juga berjalan dengan lancar dengan kehadiran Pengerusi Pusat Kebajikan berkenaan iaitu Yang Berbahagia Ustaz Jamal Salleh bagi menyampaikan Tazkirah Ramadhan kepada Ahli yang hadir juga anak2 permata inshirah.

Penyampaian sumbangan kepada anak2 insyirah juga telah disempurnakan oleh Presiden Persatuan iaitu En. SALAMON ALI RIZAL (9W2MON).

Sumbangan daripada Ahli2 juga sangat menggalakan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan telah hadir bagi meraikan anak2 insyirah.

Inshaallah tahun depan kita adakan lagi majlis seperti ini.