

International Lighthouse Lightship Weekend (ILLW) 2018
Station 9M4LHC Akan beroperasi pada 18-19th August 2018 berhampiran rumah api tg. Gelang kuantan iaitu sekitar pantai balok (de’ rhu) kuantan. Setakat ini 9M4LHC akan di kendalikan oleh dua atau mungkin 3 operator dari persatuan radio amatur negeri pahang (PERAMAH) menggunakan *Mode QRP SETUP*. Rakan2 yang berkelapagan boleh datang untuk bersantai bersama kami. Lokasi portables akan dimaklumkan apabila operator telah berada disana.
*#9M4CPH*
*#9M4LHC*
Data dari QRZ.COM
Station : Tanjung Gelang Lighthouse
Location : Pahang, Malaysia
ILLW No. MY0002
Grid Locator : OJ13rx
Light Character : FI(3).W.10s
Range : 25 n.m
Elevation : 85 m
Structure Height : 7 m
Date Of Building : 1977
Event ILLW:
2009 – 15 & 16 Aug 2009
2010 – 21 & 22 Aug 2010
2011 – 19 & 22 Aug 2011
2012 – 18 & 19 Aug 2012
2013 – 17 & 18 Aug 2013
2014 – 16 & 17 Aug 2014
2015 – 16 & 17 Aug 2015
2016 – N/A
2017 – 20 & 21 Aug 2017
2018 – 18 & 19 Aug 2018
2019 – 17 & 18 Aug 2019
2020 – PANDEMIC COVID 19
2021 – PANDEMIC COVID 19
2022 – 20 & 21 Aug 2022
Pada tahun 2017, team Dx peramah telah cuba untuk menyambung legasi 9M4LHC dengan cuba mendapatkan kebenaran masuk ke rumah api tg. Gelang daripada jabatan laut. Kebenaran telah diberikan namun akibat bekalan kuasa dari rumah api tersebut telah rosak dan dalam proses baikpulih maka hasrat untuk beroperasi di lokasi tersebut telah terbantut dan bertukar ke lokasi berhampiran rumah api iaitu pantai balok.
Pada tahun 2018, kekangan tugasan daripada team dx peramah menyebabkan berberapa orang operator tidak dapat bersama untuk event kali ini menyebabkan team dx peramah memutuskan untuk bekerja dalam MODE QRP. Berbekalkan beberapa buah BATERI, team ini akan cuba beroperasi berhampiran rumaH api di sekitar pantai pelabuhan menggunakan beberapa band untuk menjayakan aktiviti ini. Harapnya semoga cuaca menyebelahi kami.
2019 Menyaksikan dimana 9M2RAS (ex 9W2PTA) bersama beberapa orang crew (9W2OTK, 9W2RYY, 9W2MHT, 9W2BWB, 9W2CWW, 9W2TMN, 9W2MON, 9W2SZW) telah cuba menyambung Legasi dengan menjalankan Aktiviti ini berhampiran Lighthouse Tg. GELANG iaitu di Muara Challet. Berbekalkan 3 buah Radio HF dan 2 Antenna (HB9CV / G5RV), mereka berjaya menjalankan aktiviti ini namun Nasib tidak menyebelahi apabila Propagasi sangat tidak membantu. 24 jam masa yang ada hanya “Membangau” di hadapan radio dan hanya mampu “skodeng” frekuensi. Tidak banyak yang dapat si Log.
Walaupon dalam keadaan kecewa namun, aktiviti kali ini melihatkan ramai Rakan-rakan lama yang hadir dan berkumpul untuk melihat bagaimana aktivi dijalankan. Tahniah..

73